Aku dilahirkan kedunia ini seperti kain putih,
putih dan tiada setompok pun kotoran,
malahan bukan aku sahaja yang dilahrikan sebegitu,
setiap orang permulaannya sama, serupa.
Namun, semakin aku membesar,
aku semakin terleka dengan kealpaan dunia,
malah kain yang putih tadi bertukar warna,
ditambah pula dengan tompokan - tompokan hitam,
dosa - dosa dan perbuatan aku.
Tapi, dalam aku dihina, dimarahi dan dimaki,
seseorang tampil untuk menguatkan semangat aku,
dialah pemberi inspirasi,
dialah pencetus budaya hati.
Dialah seseorang yang amat aku kagumi,
dialah seorang ibu yang amat aku sayangi.
*Selamat Hari Ibu aku ucapkan buat mama aku, Puan Mazura Mohd Mohayudin. Jasa dan pengorbanan mama terlalu besar sampai tak dapat aku balas dengan apa pun benda dalam dunia ini. Terima kasih mama.